Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala,..Iraq sekarang...Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Sayyidina Husain bin Sayyidina Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad,..atas perintah Yazid bin Muawiyah,..khalifah Umayyah saat itu...Pada hari itu hampir semua pasukan Sayyidina Husain, termasuk Sayyidina Husain sendiri syahid terbunuh,..kecuali pihak perempuan, serta anak Sayyidina Husain yang sakit bernama Sayyidina Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Husain... Kemudian dari Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus,..dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah...Semoga kita bersama dgn Sayyidina Husain dan ahli bait Sayyidina Rasulullah saw...
Monday, January 5, 2009
10 Muharram
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Sayyidina Rasulullah s.a.w.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Sayyidina Husein ibni Sayyidina Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Surah Al Ikhlas hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiallahhu wa nikmal wa kil nikmal maula wa nikmannasir"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Friday, December 5, 2008
Naluri kasih tertumpu kepada Allah dan RasulNya
PERASAAN kasih terhadap Nabi s.a.w. yang tumbuh di hati para sahabat khususnya dari kalangan Ansar, merupakan asas yang kukuh untuk melahirkan generasi yang sanggup berkorban apa saja demi orang yang dikasihi. Islam mengajar supaya naluri kasih itu ditumpukan kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya melahirkan sifat patuh dan taat yang tidak berbelah bagi terhadap Islam.
Sesungguhnya sayang kepada Nabi s.a.w. itu menjadi tapak bagi seseorang itu mentaatinya dan menjadi pendorong untuk menuruti sunnahnya. Kurangnya rasa kasih terhadap Nabi s.a.w. akan mengakibatkan kekosongan dalam hati manusia terisi dengan kasih kepada perkara-perkara yang lain, seperti cinta harta benda dunia atau lain-lain yang seumpamanya. Sedangkan apabila seseorang itu mati, maka seluruh harta kepunyaannya akan ditinggalkan dan diwarisi orang lain. Kecuali harta yang disalurkan ke jalan akhirat akan memberi manfaat di akhirat.
Tanpa kasih yang mendalam kepada Nabi s.a.w., manusia tidak mungkin menyediakan diri untuk keselamatan akhirat, kerana yang mengajar tentang akhirat ialah Nabi s.a.w.. Bagindalah yang mengajar bagaimana hendak menjadikan harta dunia bermanfaat di akhirat, seperti menggunakan harta untuk membangun dan mempertahankan agama Allah, membantu orang-orang yang susah dan menolong pihak yang memerlukan, memberi nafkah keluarga dan sebagainya. Tanpa mendapat panduan dari Nabi s.a.w., nescaya harta dunia akan menjadi beban di akhirat dan menyukarkan pemiliknya.
Hidup di akhirat bergantung sepenuhnya di atas kerja amal yang dilakukan dalam kehidupan di dunia. Bahagia atau sengsara yang akan ditempuh di akhirat, adalah natijah dari amal perbuatan semasa di dunia. Sama ada kerja amal kita bersesuaian dengan kehendak Nabi s.a.w., ibadat dan muamalah kita seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, begitu juga pergaulan kita dalam masyarakat menepati seperti yang diajar oleh Nabi. Seterusnya kebersihan hati dan fikrah selaras dengan bimbingan Nabi s.a.w.. Sayang kepada Nabi akan mendorong hati kecil seseorang itu merasa gelisah sekiranya amal ibadatnya tidak menepati panduan yang diberi oleh Nabi s.a.w..
Sesungguhnya akan tersesat jauh sesuatu kaum itu sekiranya mereka menganggap bahawa kasihkan Nabi itu hanya sekadar patuh secara 'pak turut' sahaja. Menjadi pak turut secara zahir sedangkan hati tidak kasih kepada orang yang dituruti, keadaan ini hanya ibarat sampan yang hanyut tanpa tujuan. Ketaatan secara fizikal hanya akan bernilai sekiranya di dorong oleh rasa kasih yang mendalam, tanpa kasih sayang di hati, sekadar patuh kepada arahan pasti tidak melahirkan keikhlasan yang sebenar. Sedangkan tiada perintah dari Allah SWT yang amat berharga, kecuali ia dilaksanakan secara yang amat ikhlas terhadap Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hal mereka tidak di suruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus..."
(Surah al-Baiyyinah ayat 5).
Allah SWT telah menggariskan bahawa manusia bukan sekadar mengabdikan diri (turut perintah) sahaja, sebaliknya kepatuhan itu hendaklah berasaskan kemurnian hati iaitu ikhlas kerana-Nya. Keikhlasan hanya terbit dari lubuk hati yang benar-benar kasih kepada Allah SWT dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w.. Ini tidaklah bererti mengikut sunnah Nabi itu sekadar dengan hati yang kasih sahaja, sebaliknya hendaklah dilaksanakan serentak antara perbuatan dan kemurnian hati.
Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan ukuran beriman kepada Allah SWT ialah sama ada penuh atau tidak di hati seseorang itu rasa kasih sayangnya terhadap Nabi s.a.w.. Allah SWT jadikan hati manusia bukan untuk menyayangi sesuatu yang tiada kaitan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. Bagaimanapun naluri manusia agak sukar untuk menghindari dari menyayangi perkara yang disukainya seperti harta dunia dan keluarga. Tetapi sayugia diambil ingatan, janganlah sampai hati yang ibarat gelas, hanya dipenuhi dengan sesuatu, sehingga tiada ruang untuk menempatkan rasa kasih kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Seboleh-bolehnya hati hendaklah diisi dengan kasih kepada Allah SWT, sama ada dalam urusan mencari harta atau lain-lain kepentingan duniawi. Kalau mencari harta, hendaklah dengan niat untuk membuat kebajikan seperti untuk membantu orang-orang miskin dan memerlukan pertolongan. Untuk menegakkan agama Allah dan seumpamanya. Yang demikian itu menunjukkan peranan kasihkan Allah dan Rasul-Nya sebagai asas dan pendorong untuk mencari harta atau pangkat kedudukan.
Orang yang hatinya dipenuhi dengan cintakan harta dunia, tidak mungkin terdorong hatinya untuk membantu orang-orang yang susah, malah untuk mengeluarkan zakatpun terlalu berat, lantaran cintanya pada harta mengatasi cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Sesungguhnya kasih kepada Nabi s.a.w. itu mesti datang dari emosi yang tidak berbelah bagi, dengan emosi itu mereka akan mempertahankan kedudukan Nabi sebagai pembawa kebenaran. Dengan emosi itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk membuktikan kasih sayangnya, sedia untuk mati jika Nabi s.a.w. diperkecilkan oleh pihak lain.
Adapun gambaran yang dapat dilihat sewaktu Nabi s.a.w. menjadi tamu di rumah seorang sahabat bernama Abu Ayub Al-Anshari, adalah amat jelas bahawa cara Abu Ayub memuliakan Nabi s.a.w. itu benar-benar berasaskan rasa kasih sayang yang sangat mendalam terhadap tetamu agungnya itu. Abu Ayub dan keluarganya berusaha untuk 'bertabarruq' dari bekas dan sisa makanan Nabi s.a.w., adalah suatu tindakan yang diiktiraf oleh baginda. Abu Ayub dan lain-lain sahabat yang bertabarruq dari kesan-kesan Nabi s.a.w., adalah suatu gambaran jelas tentang kasih sayang mereka terhadap Nabi dan Rasul Allah itu.
Imam Bukhari dan Imam Muslim telah menyebut banyak riwayat dalam kitab masing-masing yang menceritakan tentang para sahabat bertabarruq melalui atsar Nabi s.a.w., untuk membuat penawar ataupun mendapat perhatian dan taufiq dari Allah SWT. Di dalam Sahih Bukhari dalam 'Bab al-Libas' (bab mengenai pakaian), ada menceritakan tentang rambut Nabi s.a.w..
Seorang isteri Nabi bernama Ummu Salamah telah menyimpan beberapa helai rambut Nabi yang gugur ke dalam botol. Apabila ada jiran tetangga yang sakit, lalu Ummu Salamah memberikan air yang telah di rendam rambut Nabi ke dalamnya, lalu diminum oleh orang yang sakit itu dengan tujuan untuk ubat dan mengambil berkat. Satu peristiwa yang telah dicatatkan dalam siri terdahulu mengenai Ummu Sulaim mengambil peluh Nabi yang mengalir pada hamparan yang dibuat dari kulit. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah bahawa beliau mengambil peluh Nabi s.a.w. itu dengan tujuan mendapatkan berkat untuk anak-anak kecilnya. Selain itu peristiwa para sahabat berebut titisan air wudhuk Nabi s.a.w.. Banyak lagi hadith Nabi yang menceritakan tentang para sahabat mengambil berkat dari kesan-kesan fizikal Nabi s.a.w. Semua tindakan para sahabat itu mendapat restu dari Nabi s.a.w. sendiri.
Jika bertabarruq dengan kesan-kesan benda seperti yang dinyatakan itu diakui betul dan diiktiraf oleh Nabi s.a.w., maka dapatlah dibayangkan bagaimana pula jika seseorang itu mengambil berkat dari perbuatannya mengikut perintah dan patuh segala ajaran Nabi s.a.w..
Monday, October 27, 2008
Kebersihan Hati

Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsur- unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin;
1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat)
2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)
3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).
4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia).
5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).
Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.
Perlaksanaan Ibadah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan anasir yang boleh merosakkannya. Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya.Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya)..(Surah Al-Maun ayat 4-6)
Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).
Di akhirat, golongan yang riya akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk. . (Riwayat Ibn Abi Dunya)
Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya) mempunyai tiga tanda:
1.Apabila bersendirian , malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebalikny a apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.
2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.
3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya
Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada sorrounding people's insult.
Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini.John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu.. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.
Selamat Pengantin Baru
Tuesday, September 30, 2008
Salam 'Idul Fitri
Sunday, August 31, 2008
Marhaban Ya Ramadhan
Friday, August 1, 2008
Maulid Sayyidah Zainab Al Kubra r.a
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...Segala puji bagi Allah Taala,Tuhan Semesta Alam..Selawat dan Salam atas Sayyidina Rasulullah SAW,Kekasih yang dikasih...Seminggu sudah berlangsungnya haflah maulid Sayyidah Zainab Al Kubra,di Masjid Sayyidah Zainab sendiri...Orang ramai dari serata bumi Mesir bahkan dari negara lain juga berkunjung ke sana bagi meraikan maulid cucu Sayyidina Rasulullah SAW ini...Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala,pada malam kemuncaknya,aku juga berpeluang ke sana menyambut maulid ini...Di sini,aku menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan sejarah hidup Sayyidah Zainab Al Kubra r.a....
Sayyidah Zainab Al Kubra merupakan seorang cucu wanita bagi Sayyidina Rasulullah SAW, yang dalam sejarahnya dicatat begitu tabah serta tetap teguh dalam menghadapi ujian dan cubaan hidup, demi memelihara kemuliaan dari garisan keturunan Sayyidina Rasulullah SAW.
Sebagaimana yang diketahui ramai, di samping kedua puteranya yang termasyhur itu,Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin,dalam perkawinan Imam Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fathimah Az Zahra juga dikuniakan oleh Allah SWT dengan dua orang puteri...Mereka itu adalah Sayyidah Zainab Al Kubra dan Sayyidah Zainab Ash-Sughra...Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin bersama kedua dua puteri Sayyidina Ali r.a itu telah ditinggalkan bondanya sejak kanak kanak lagi..
Dalam sejarah disebutkan bahawa ketika berita kelahiran Sayyidah Zainab Al Kubra sampai kepada Sayyidina Rasulullah SAW,Baginda terus menuju ke rumah Sayyidatina Fathimah Az Zahra r.a. Sesampainya di rumah Baginda SAW berkata:...Wahai putriku,bawalah kemari cucuku”...Ketika bayi kecil tersebut berada di pangkuan Baginda,Sayyidina Rasulullah SAW pun memeluk dan meletakkan pipi mulianya di pipi bayi tersebut...Kemudian Baginda SAW menangis dengan sangat keras hingga air matanya bercucuran...Menyaksikan hal tersebut,kemudian Sayyidah Fathimah Az Zahra bertanya:...“Wahai Ayahandaku, semoga Allah SWT tidak membuat matamu menangis,kenapa engkau menangis?”...“Wahai puteriku,wahai Fathimah, ketahuilah.,Bayi ini akan ditimpa pelbagai musibah dan menghadapi pelbagai cubaan ketika hidupnya...Wahai puteriku,wahai belahan jiwaku dan cahaya mataku,ketahuilah.,Barang siapa yang menangis untuknya kerana segala musibah yang menimpanya maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang menangis untuk kedua orang saudaranya,” jawab Sayyidina Rasulullah SAW...Kemudiannya Sayyidina Rasulullah SAW pun memberi nama bayi tersebut dengan nama Zainab setelah mendapat wahyu dari Allah Taala melalui Malaikat Jibri A.S supaya namakan bayi tersebut dengan nama Zainab...
Memang kalau diikutkan berat di hati seorang ibu yang akan meninggalkan anak anaknya yang masih kecil,tetapi apakandaya,semunya ketentuan Allah Taala...Begitulah apa yang dilalui oleh Sayyidatina Fatimah Az Zahra apabila meninggalkan 4 orang anakandanya itu... Diceritakan bahawa disaat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Sayyidatina Fatimah Az Zahra tak dapat menahan kepedihan dihatinya...Sayyidatina Fatimah pasrah akan segala ketentuan Ilahi yang mana ketika itu beliau masih muda dan masih berusia 28 tahun,dan putera dan puterinya juga belum sorang pun yang telah mencapai usia sepuluh tahun...
Sejurus selepas itu,pada usia masih remaja,bahkan masih kanak-kanak,Sayyidah Zainab Al Kubra sudah diserahkan tanggungjawab yang besar bagi menjaga saudara saudaranya itu...Tidak banyak yang boleh diungkapkan mengenai peranan masa kanak-kanak yang dilakukan oleh kedua puteri Sayyidatina Fatimah Az Zahra itu... Riwayat-riwayat hanya mengungkapkan kehidupan dan perkembangan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin...
Hal ini tidak perlu dihairankan, kerana dunia kehidupan Arab yang keras jarang sekali mengedepankan peranan seorang wanita...Maka,walaupun Sayyidah Zainab Al Kubra dan Sayyidah Zainab Ash Sughra termasuk dalam lingkungan keluarga yang sangat mulia,nama mereka jarang sekali ditonjolkan...
Setelah beberapa tahun kemudian Sayyidah Zainab Al Kubra meningkat remaja, maka peranannya diungkapkan oleh para periwayat...Sejarah akhirnya mencatat namanya dan mengakui peranan penting yang dijalankan oleh Sayyidah Zainab Al Kubra dalam melindungi kesinambungan generasi penerus keluarga Sayyidina Rasulullah SAW...
Disamping itu juga, walaupun Sayyidah Zainab Al Kubra seorang wanita, tetapi darah kemuliaan dan kesucian yang mengalir dalam tubuhnya...Sejak kanak-kanak lagi beliau telah memikul tanggungjawab yang besar kehidupan rumah tangga Sayyidina Ali Abi Thalib setelah wafatnya Sayyidatina Fatimah Az Zahra...
Sayyidah Zainab Al Kubra dengan tekun dan tabah melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh bondanya disaat sebelum wafat lagi...Dengan penuh tanggungjawab dijaga saudara saudaranya itu...Boleh dikatakan beliau tidak pernah berpisah jauh dari kedua saudara lelakinya itu...
Tidak ada pengungkapan mengenai kelanjutan kehidupan Sayyidah Zainab Ash Sughra... Cerita tentang Sayyidah Zainab Al Kubra menonjol setelah Sayyidina Husin syahid di Karbala...
Wanita inilah yang pada usia sudah lebih setengah abad tanpa mengira gentar sedikit pun dan sedia untuk mati bagi menyelamatkan keturunan Sayyidina Rasulullah SAW...Beliau menjadi saksi hidup tentang seksaan yang dialami oleh saudara lelakinya itu sampailah Sayyidina Husin syahid dengan gagah berani...
Begitulah sedikit sebanyak tentang riwayat Sayyidah Zainab Al Kubra...Semoga kita di kalangan muhibbin ini yang mencintai dan mengasihi akan Sayyidina Rasulullah SAW serta Ahli Bait Baginda mengambil pengajaran dari kisah hidup Sayyidah Zainab Radhiallahuanha ini...
Monday, July 28, 2008
Kepentingan Bertalaqqi Kitab Suci Al Quran

Talaqqi bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi.Dalam konteks pengajian ilmu secara umum, talaqqi merupakan salah satu wasilah yang penting bagi menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Talaqqi jika dikaitkan dengan pengajian Al Quran bermakna menerima tunjuk ajar daripada guru yang juga bertalaqqi dengan gurunya dalam segala segi dan cabang pengajian Al Quran.Khususnya dalam bidang pembacaan Al Quran yang mementingkan ketepatan dalam penuturan,sebutan,makhraj huruf dan sifat bagi huruf.Oleh itu,hanya dengan bertalaqqi sahaja kita mampu menguasainya.

Talaqqi dan musyafahah melibatkan proses:
(السماع من لفظ الشيخ (التلقين/ الإقراء) والقراءة عليه (العرض)
Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi memastikan kesahihan satu-satu bacaan.Walaubagaimana pun,ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu mengikut atau meniru bacaan guru.Walaupun begitu,melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal.
Secara ringkasnya, talaqqi Al Quran terlalu penting kerana:
1) Ia adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW.Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.
قال الله: وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم
2) Para sahabat juga turut bertalaqqi dengan Sayyidina Rasulullah SAW dan para tabi’in juga bertalaqqi dengan para sahabat dan seterusnya sehingga memungkinkannya menjadi salah satu asbab terpeliharanya kitab suci Al Quran Al Karim.
3) Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al Quran dipindahkan dan diriwayatkan (كيفيات التحمل) dan tidak sah dengan cara yang lain,berbanding dengan Al Hadith.
4) Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan bertalaqqi.Contohnya dalam menentukan qadar mad,sebutan huruf, bacaan Isymam,raum,imalah,tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.
Kesimpulannya, talaqqi sangat penting dalam pembacaan Al-Quran dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa walau setinggi mana pun ilmunya kerana peranannya dalam memastikan hak kalamullah sentiasa tertunai dan terpelihara.Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini,maka kelebihan dan keberkatan Al Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita,ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al Quran dan meninggalkan bacaan Al Quran itu sendiri,jadi marilah kita bersama sama menaikkan syiar Al Quran yang telah disisih oleh setengah masyarakat Islam kini...Ya Allah,golongkanlah kami di kalangan mereka Ahlul Quran dan berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat dengan berkatnya Al Quran dan syafaatkan kami dengan syafaat Al Quran,Amin Ya Allah....
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Sunday, July 27, 2008
Keajaiban Al Quran


Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.
Menurut berita yang diterima,di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, Anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun. Keseluruhan kulit naskah Al-Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh anai-anai termasuklah terjemahan al-Quran tersebut didalam bahasa Urdu.
Apa yang menakjubkan ialah anai-anai tersebut lansung tidak menyentuh huruf-huruf asal al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab. Subhanallah...
Tuesday, July 22, 2008
Cinta Sejagat

Setiap yang menyinta pasti mencari yang dicintainya. Apabila cinta Allah menembusi hatimu, sudah tentu Allah menyintaimu. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Allah dengan KebijaksanaanNya mentakdirkan kita cinta antar
a satu dengan lain. Kerana itulah setiap apa jua dalam alam ini ada pasangannya. Pada pandangan orang yang Arifbillah, langit itu lelaki dan bumi itu perempuan. Bumi menerima apa sahaja yang dijatuhi oleh langit. Apabila bumi kurang panas, langit berikan panas. Apabila bumi kurang basah, langit berikan hujan.
Langit bertugas pada pusingannya seperti suami mencari rezeki isterinya. Bumi sibuk dengan tugas melahir dan memelihara kandungannya. bumi dan langit dikurnia akan kerana mereka membuat kerja makhluk yang berakal. Sekiranya mereka tidak merasai nikmat antara satu dengan lain, kenapa mereka berkasihan seperti orang yang bercinta.
Tanpa bumi, bagaimana pokok dan bunga berkembang. Apa guna langit menurunkan air dan panas? Sebagaimana Allah mengurniakan keinginan antara lelaki dan perempuan supaya dunia dapat terpelihara oleh perpaduan antara mereka, begitu jugalah Dia tanamkan dalam setiap bahagian wujud ini keinginan satu bahagian dengan satu bahagian yang lain.
Malam dan siang pada zahirnya nampak bermusuhan, tetapi sebenarnya keduanya saling memerlukan..timbulnya bulan di waktu malam manakala terbitnya matahari di hening pagi...
Badan perlu tumbuh-tumbuhan dan air kerana asalnya dari tanah dan air. Jiwa perlu hidup dan Yang Menghidupkan kerena asalnya dari Jiwa Semesta.
Kehendak jiwa ialah Ketingggian dan Kesucian. Kehendak badan ialah untuk hawa nafsu yang rendah. Kesucian memerlukan dan menyintai jiwa.
Apabila seseorang itu mencari, ruh yang dicari itu memerlukannya, tetapi diri yang menyinta menjadikan ianya lesu. Sementara diri yang dicintai menjadikan ianya senang dan gembira.
Cinta memberi sinaran kepada pipi yang dicintai. Cinta menelan jiwa yang menyintai.
Dipetik dari Kitab Mathnawi karya Syeikh Jalaluddin Rumi.
Setiap apa yang dijadikan Allah Taala itu berpasangan dan saling memerlukan,dicipta bagi kita akan dunia,dijadikan pula kita akan akhirat...Dan sebaik2 cinta adalah terhadap Allah Taala dan seindah indah kasih adalah kasih akan Sayyidina Rasulullah SAW...Maka Allah memberkati anda dengan Kemanisan CintaNya.
Thursday, July 17, 2008
Peranan anak kepada ibu bapa
Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.
"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"
Monday, June 23, 2008
Hkmah Ayat Al-Kursi

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat mewakilkan
2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas & ahli
rumah2 di sekitarnya.
4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati2 orang yang bersyukur, perbuatan2 orang
padanya rahmat.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa
jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya dari Abdullah bin 'Amr
r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."
Wallahu'alam
Tuesday, June 17, 2008
kegembiraan bagi orang yang beriman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa mati dalam keadaan itu (percaya dan berikrar dengan dua kalimah syahadah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan, dia bersama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat nanti dalam keadaan begini...(sambil menunjukkan dua jarinya yang didempekkan, menjelaskan hampirnya hubungan orang yang berkenaan dengan mereka itu) selagi dia tidak mendurhakai kedua ibu bapanya".
Jika dia mendurhakai kedua ibu bapanya dia tidak mencapai martabat ini. Jika berbuat demikian dia mesti minta ampun dengan kedua ibu bapanya.
Jika kedua ibu bapanya meninggal dunia, dia mesti beristighfar untuk kedua ibu bapanya dan berbuat baik dengan kawan-kawan mereka.
At-Tirmizi meriwayatkan dari Abu Said, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Peniaga yang benar dan amanah bersama-sama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat."
Ini adalah kelebihan dan pahala yang diberikan kepada peniaga yang jujur dalam perniagaannya. Bukan bererti peniaga yang jujur menanggung kerugian. Mereka juga memperolehi keuntungan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak.
Disebut di dalam kitab-kitab hadith bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh seorang sahabat.
Bagaimanakah kelebihan diperolehi jika seseorang itu kasih kepada sesuatu kaum, padahal dia tidak pernah berjumpa dengannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dia kasih."
Jika kasihnya ditumpahkan kepada orang yang jahat, syaitan, dan taghut ia bersama dengan mereka dan begitulah sebaliknya jika dia kasih kepada Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya dia akan bersama dengan mereka.
Allah menyebut di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Terdapat di kalangan manusia orang-orang yang mengadakan tuhan-tuhan yang lain dari Allah dan kasih kepada tuhan-tuhan itu sebagaimana dia kasih kepada Allah. Dan orang-orang yang beriman itu sangat kasih kepada Allah."
(Surah al-Baqarah: 165)
Apabila disebut hadith yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi," Anas bin Malik berkata hadith ini menggembirakan orang-orang yang beriman.
Monday, June 16, 2008
talian anda di sini

bagi mereka yang ingin menikmati perkhidmatan talian dari benua afrika ke malaysia ataupun indonesia gunalah talian mudah evoiz...ambe kempen ni sebab ambe jual jugok evoiz,hehe...bagi mereka yang berkenan bolehla hubungi ambe untuk tempahan...hehe...

Harganya $20 gunaihan untuk 5 dollar...cepat2 sebelum terlambat,kalu lambat xdang nok ambat..
Wednesday, June 11, 2008
Khutbah Terakhir Baginda Rasulullah SAW

Khutbah Terakhir Sayyidina Rasulullah SAW...
Wahai Manusia!!..Dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan..Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini..Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,.sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci..Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak..Janganlalah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi..Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu..Allah telah mengharamkan riba,.oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,.maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil..
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu,.mereka juga mempunyai hak di atas kamu..Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang..Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,.berlemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia..Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina..
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,.Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu..Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu..Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain..Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh..
Ingatlah,.bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan..Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia,.tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru..Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu..Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,.nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku..
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain..Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku..Saksikan lah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu..
"Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah"
Dengan khutbah dan wasiat terakhir Baginda Rasulullah SAW ini,.Sama samalah kita jadikan ianya panduan dan pegangan untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat...wassalam...
Monday, June 9, 2008
Titisan Air Mata Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a
Beliaulah org pertama yg mempercayai kenabian Sayyidina Muhammad
s.a.w dari kalangan kaum lelaki. Beliau juga sahabat Nabi
yg selalu menyertai baginda dalam menegakkan dan
memperjuangkan ajaran Allah (Islam) hingga ke akhir
hayatnya.Beliau lebih utama dari org yg utama, lebih
unggul dari org yg unggul sekalipun. tentang
keperibadian yg dimiliki sahabat yg sangat dihormati
oleh Rasulullah s.a.w ini sehingga dijelaskan dalam
ayat Al-Quran
"Tidak sama diantara kamu org yg menafkah
(hartanya)dan berperang sebelum penaklukan (kota
makkah). (Surah Al Hadid:10)
Dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad AL-Bazzar,
disebutkan sebuah hadis dgn sanad yg baik, dari Zaid
bin Arqam r.a bahwa pada suatu ketika Abu Bakar r.a
meminta seteguk air sebagai pelepas dahaga. Maka
dihidangkan kepadanya semangkuk air yg diberi madu.
Ketika tepi mangkuk berisi air bercampur madu
menyentuh bibir Abu Bakar, seketika itulah menangislah
beliau dan terhenti utk meminumnya. Org-org yg berada
disekitarnya terharu menyaksikan pemandangan tersebut
hingga mereka pun turut menangis. Sejenak kemudian
tangis mereka reda, tetapi tangis Abu Bakar tetap
terdengar malah kian memilukan, akhirnya para sahabat
yg lainnya pun ikut kembali menangis. Selang beberapa
saat mereka semua berhenti menangis, lalu mrk bertanya
kepada Abu Bakar.
"Wahai Abu Bakar, Khalifah Rasulullah, mengapa anda
menangis ?
Abu Bakar menjawab " pernah suatu ketika aku hanya
berdua bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yg
dari nadanya agaknya tertuju kepada seorg wanita : "
hai pergilah engkau dariku, pergilah!"
Maka aku bertanya kepada baginda. "Ya Rasulullah
sebenarnya anda berkata kepada siapa ? Bukankah disini
tidak ada org lain selain dari saya"
Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya dunia ini nampak
bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepada pergilah
kamu dari ku pergilah kamu dariku!. Lalu dunia ini
berkata: "Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas dari
ku, tetapi org-org setelah engkau sama sekali tidak
akan lepas dari godaanku"
Hal ini lah yg membuatkanku menangis tersedu-sedu
" Ya Allah bantulah kami agar sentiasa ingat kepada
Kamu dan tolonglah kami agar sentiasa bersyukur kepada
Kamu "
SeDeTiK uSiA sEmAlAm

yang lalu membawa seribu warna
dengan detik-detik masa serta usia
melalui titian kehidupan
lalu membungakan kalungan harapan
juga catatan pengalaman.
Semalam itu adalah usia
yang telah pun pergi bersama lipatan dairi
dan sisipan sebuah memori.
Semalam yang berlalu itu
membawa sebuah hari lagi
layar kehidupan bermula kembali
buat sekian harinya
melabuhkan benang-benang hitam
di senja usia.
Yang pastinya...
semalam yang dulu telah pergi
dan berganti lagi hari ini
maka yang datang ini pasti
memendekkan usiamu sehari lagi
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

Assalamualaikum wbt...

Minyak mentah dunia yang sememangnya naik,tapi nampaknya pak lah n kroni mengambil kesempatan ini untuk memenuhi kehendak nafsu mereka,negara kita kan negara pengeluar minyak mentah,xperlulah kerajaan membandingkan dengan negara yang memerlukan minyak...dengan maklum harga minyak yang tersenarai tu bolehlah nk wat bandingannye...sekian sahaja,smula kite temun pulok...


