Monday, October 27, 2008

Kebersihan Hati



Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsur- unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin;

1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.

Perlaksanaan Ibadah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan anasir yang boleh merosakkannya. Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya.Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya)..(Surah Al-Maun ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk. . (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya) mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian , malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebalikny a apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada sorrounding people's insult.
Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini.John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu.. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum wbt...walaupun rasenye sudah lewat utk ku ucapkan tapi masih belum terlambat,hehe...Di sini ana ucapkan selamat pengatin baru buat pasangan pengantin Ustaz Abdullah Al Mukhlis dan Ustazah Nurul Hidayah yang telah diijabkabulkan pada 9 syawal baru2 ni...Semoga Allah mengurniakan barokah buat pasangan ini...Amin Ya Rabb...

Tuesday, September 30, 2008

Salam 'Idul Fitri

Assalamualaikum wbt...Pertama skali ambe mitak maaf banyak r sebab sudah lame x update blog ni...mungkin kerana kesuntukan waktu,ape ape pun,sedikit masa yang terluang ini ambe nok ucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri buat muslimin muslimat khasnya buat ayahanda,bonda,nenda,adik beradik ambe,sanak saudara dan sahabat2 yang mengenali diri ini...Jikalau ade silap salah selama ini,diharapnye mohon maafla blake...wsalam...

Sunday, August 31, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan Karim buat semua muslimim muslimat...Semoga Ramadhan kali ini dapat di manfaatkan sebaiknya dengan mengerjakan amal ibadah kepada Allah Yang Maha Esa...Moga moga kita menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah...Allahumma Ballighna Ramadhan...Kullu Sanah wa Antum Bikhair...

Friday, August 1, 2008

Maulid Sayyidah Zainab Al Kubra r.a

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...Segala puji bagi Allah Taala,Tuhan Semesta Alam..Selawat dan Salam atas Sayyidina Rasulullah SAW,Kekasih yang dikasih...Seminggu sudah berlangsungnya haflah maulid Sayyidah Zainab Al Kubra,di Masjid Sayyidah Zainab sendiri...Orang ramai dari serata bumi Mesir bahkan dari negara lain juga berkunjung ke sana bagi meraikan maulid cucu Sayyidina Rasulullah SAW ini...Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala,pada malam kemuncaknya,aku juga berpeluang ke sana menyambut maulid ini...Di sini,aku menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan sejarah hidup Sayyidah Zainab Al Kubra r.a....


Sayyidah Zainab Al Kubra merupakan seorang cucu wanita bagi Sayyidina Rasulullah SAW, yang dalam sejarahnya dicatat begitu tabah serta tetap teguh dalam menghadapi ujian dan cubaan hidup, demi memelihara kemuliaan dari garisan keturunan Sayyidina Rasulullah SAW.

Sebagaimana yang diketahui ramai, di samping kedua puteranya yang termasyhur itu,Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin,dalam perkawinan Imam Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fathimah Az Zahra juga dikuniakan oleh Allah SWT dengan dua orang puteri...Mereka itu adalah Sayyidah Zainab Al Kubra dan Sayyidah Zainab Ash-Sughra...Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin bersama kedua dua puteri Sayyidina Ali r.a itu telah ditinggalkan bondanya sejak kanak kanak lagi..

Dalam sejarah disebutkan bahawa ketika berita kelahiran Sayyidah Zainab Al Kubra sampai kepada Sayyidina Rasulullah SAW,Baginda terus menuju ke rumah Sayyidatina Fathimah Az Zahra r.a. Sesampainya di rumah Baginda SAW berkata:...Wahai putriku,bawalah kemari cucuku”...Ketika bayi kecil tersebut berada di pangkuan Baginda,Sayyidina Rasulullah SAW pun memeluk dan meletakkan pipi mulianya di pipi bayi tersebut...Kemudian Baginda SAW menangis dengan sangat keras hingga air matanya bercucuran...Menyaksikan hal tersebut,kemudian Sayyidah Fathimah Az Zahra bertanya:...“Wahai Ayahandaku, semoga Allah SWT tidak membuat matamu menangis,kenapa engkau menangis?”...“Wahai puteriku,wahai Fathimah, ketahuilah.,Bayi ini akan ditimpa pelbagai musibah dan menghadapi pelbagai cubaan ketika hidupnya...Wahai puteriku,wahai belahan jiwaku dan cahaya mataku,ketahuilah.,Barang siapa yang menangis untuknya kerana segala musibah yang menimpanya maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang menangis untuk kedua orang saudaranya,” jawab Sayyidina Rasulullah SAW...Kemudiannya Sayyidina Rasulullah SAW pun memberi nama bayi tersebut dengan nama Zainab setelah mendapat wahyu dari Allah Taala melalui Malaikat Jibri A.S supaya namakan bayi tersebut dengan nama Zainab...

Dalam usia yang masih begitu muda,disaat sebelum wafatnya Siti Fatimah Az Zahra telah berpesan khusus kepada Sayyidah Zainab Al Kubra agar beliau menjaga dengan baik akan kedua dua saudara lelakinya itu.

Memang kalau diikutkan berat di hati seorang ibu yang akan meninggalkan anak anaknya yang masih kecil,tetapi apakandaya,semunya ketentuan Allah Taala...Begitulah apa yang dilalui oleh Sayyidatina Fatimah Az Zahra apabila meninggalkan 4 orang anakandanya itu... Diceritakan bahawa disaat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Sayyidatina Fatimah Az Zahra tak dapat menahan kepedihan dihatinya...Sayyidatina Fatimah pasrah akan segala ketentuan Ilahi yang mana ketika itu beliau masih muda dan masih berusia 28 tahun,dan putera dan puterinya juga belum sorang pun yang telah mencapai usia sepuluh tahun...

Sejurus selepas itu,pada usia masih remaja,bahkan masih kanak-kanak,Sayyidah Zainab Al Kubra sudah diserahkan tanggungjawab yang besar bagi menjaga saudara saudaranya itu...Tidak banyak yang boleh diungkapkan mengenai peranan masa kanak-kanak yang dilakukan oleh kedua puteri Sayyidatina Fatimah Az Zahra itu... Riwayat-riwayat hanya mengungkapkan kehidupan dan perkembangan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin...

Hal ini tidak perlu dihairankan, kerana dunia kehidupan Arab yang keras jarang sekali mengedepankan peranan seorang wanita...Maka,walaupun Sayyidah Zainab Al Kubra dan Sayyidah Zainab Ash Sughra termasuk dalam lingkungan keluarga yang sangat mulia,nama mereka jarang sekali ditonjolkan...

Setelah beberapa tahun kemudian Sayyidah Zainab Al Kubra meningkat remaja, maka peranannya diungkapkan oleh para periwayat...Sejarah akhirnya mencatat namanya dan mengakui peranan penting yang dijalankan oleh Sayyidah Zainab Al Kubra dalam melindungi kesinambungan generasi penerus keluarga Sayyidina Rasulullah SAW...

Disamping itu juga, walaupun Sayyidah Zainab Al Kubra seorang wanita, tetapi darah kemuliaan dan kesucian yang mengalir dalam tubuhnya...Sejak kanak-kanak lagi beliau telah memikul tanggungjawab yang besar kehidupan rumah tangga Sayyidina Ali Abi Thalib setelah wafatnya Sayyidatina Fatimah Az Zahra...

Sayyidah Zainab Al Kubra dengan tekun dan tabah melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh bondanya disaat sebelum wafat lagi...Dengan penuh tanggungjawab dijaga saudara saudaranya itu...Boleh dikatakan beliau tidak pernah berpisah jauh dari kedua saudara lelakinya itu...

Tidak ada pengungkapan mengenai kelanjutan kehidupan Sayyidah Zainab Ash Sughra... Cerita tentang Sayyidah Zainab Al Kubra menonjol setelah Sayyidina Husin syahid di Karbala...

Wanita inilah yang pada usia sudah lebih setengah abad tanpa mengira gentar sedikit pun dan sedia untuk mati bagi menyelamatkan keturunan Sayyidina Rasulullah SAW...Beliau menjadi saksi hidup tentang seksaan yang dialami oleh saudara lelakinya itu sampailah Sayyidina Husin syahid dengan gagah berani...

Begitulah sedikit sebanyak tentang riwayat Sayyidah Zainab Al Kubra...Semoga kita di kalangan muhibbin ini yang mencintai dan mengasihi akan Sayyidina Rasulullah SAW serta Ahli Bait Baginda mengambil pengajaran dari kisah hidup Sayyidah Zainab Radhiallahuanha ini...


Monday, July 28, 2008

Kepentingan Bertalaqqi Kitab Suci Al Quran



Talaqqi bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi.Dalam konteks pengajian ilmu secara umum, talaqqi merupakan salah satu wasilah yang penting bagi menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan.

Talaqqi jika dikaitkan dengan pengajian Al Quran bermakna menerima tunjuk ajar daripada guru yang juga bertalaqqi dengan gurunya dalam segala segi dan cabang pengajian Al Quran.Khususnya dalam bidang pembacaan Al Quran yang mementingkan ketepatan dalam penuturan,sebutan,makhraj huruf dan sifat bagi huruf.Oleh itu,hanya dengan bertalaqqi sahaja kita mampu menguasainya.




Talaqqi dan musyafahah melibatkan proses:

(السماع من لفظ الشيخ (التلقين/ الإقراء) والقراءة عليه (العرض)
Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi memastikan kesahihan satu-satu bacaan.Walaubagaimana pun,ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu mengikut atau meniru bacaan guru.Walaupun begitu,melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal.

Secara ringkasnya, talaqqi Al Quran terlalu penting kerana:
1) Ia adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW.Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.

قال الله: وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم


2) Para sahabat juga turut bertalaqqi dengan Sayyidina Rasulullah SAW dan para tabi’in juga bertalaqqi dengan para sahabat dan seterusnya sehingga memungkinkannya menjadi salah satu asbab terpeliharanya kitab suci Al Quran Al Karim.

3) Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al Quran dipindahkan dan diriwayatkan (كيفيات التحمل) dan tidak sah dengan cara yang lain,berbanding dengan Al Hadith.

4) Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan bertalaqqi.Contohnya dalam menentukan qadar mad,sebutan huruf, bacaan Isymam,raum,imalah,tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.

Kesimpulannya, talaqqi sangat penting dalam pembacaan Al-Quran dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa walau setinggi mana pun ilmunya kerana peranannya dalam memastikan hak kalamullah sentiasa tertunai dan terpelihara.Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini,maka kelebihan dan keberkatan Al Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita,ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al Quran dan meninggalkan bacaan Al Quran itu sendiri,jadi marilah kita bersama sama menaikkan syiar Al Quran yang telah disisih oleh setengah masyarakat Islam kini...Ya Allah,golongkanlah kami di kalangan mereka Ahlul Quran dan berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat dengan berkatnya Al Quran dan syafaatkan kami dengan syafaat Al Quran,Amin Ya Allah....

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Sunday, July 27, 2008

Keajaiban Al Quran




Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut berita yang diterima,di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, Anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun. Keseluruhan kulit naskah Al-Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh anai-anai termasuklah terjemahan al-Quran tersebut didalam bahasa Urdu.

Apa yang menakjubkan ialah anai-anai tersebut lansung tidak menyentuh huruf-huruf asal al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab. Subhanallah...