Monday, October 27, 2008

Kebersihan Hati



Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsur- unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin;

1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.

Perlaksanaan Ibadah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan anasir yang boleh merosakkannya. Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya.Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya)..(Surah Al-Maun ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk. . (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya) mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian , malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebalikny a apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada sorrounding people's insult.
Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini.John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu.. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum wbt...walaupun rasenye sudah lewat utk ku ucapkan tapi masih belum terlambat,hehe...Di sini ana ucapkan selamat pengatin baru buat pasangan pengantin Ustaz Abdullah Al Mukhlis dan Ustazah Nurul Hidayah yang telah diijabkabulkan pada 9 syawal baru2 ni...Semoga Allah mengurniakan barokah buat pasangan ini...Amin Ya Rabb...